Product Discount Add-on Deals
Quantity:
available 21 Unit
Total Price:
Minimum Purchase:
1 quantity / (bag)
Weight with Packaging:
2 (Kilogram) / (bag)
Share:
Category
Agro Bazaar > Agro-Based Industries > -
DAUN PEGAGA (Centella asiatica) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Mackinlyaceae yang popular dikalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa untuk kesihatan dan kosmetik. Khasiat yang ujud dalam tumbuhan ini menjadikan ianya sangat digemari oleh usahawan herba untuk diproses dalam pelbagai cara dan produk bagi pasaran domestik dan antarabangsa. Tumbuhan yang menjalar dari jenis renek ini mudah ditanam dan dijaga serta dibiakkan. Kawasan tanah liat atau lom berpasir dengan mempunyai bekalan air mencukupi serta tidak mudah banjir sesuai untuk penanaman pegaga. Lazimnya masyarakat kita lebih suka makan daun pegaga dengan cara makan segar sebagai ulam atau dijadikan kerabu pegaga dan sebagainya. Daunn ini sering dimakan terutama kepada ibu yang sedang berpantang selepas bersalin dan mereka yang menghadapi masaalah kesihatan lain.