Sambung nyawa adalah sejenis tumbuhan tahunan yang banyak di gunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah tumbuhan asli Myanmar dan China. Ia boleh hidup dalam ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut.
Pokok ini tumbuh di kawasan redup dan berkelembapan sederhana. Ia membiak melalui keratan batang.