Agrobazaar.com.my merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Ianya telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 11 Disember 2014 di Putrajaya.
Visi
Menjadi e-pasaran produk agromakananyang lestari dan berkembang maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.
Misi
Menyediakan pasaran baru dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti agro-makanan atas talian bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti
Model Perniagaan
E- dagang, sumber maklumat, & pembangunan usahawan.
Ciri-ciri
- Responsif mengikut gajet yang digunakan (komputer, tablet, telefon pintar)
- Quick Response Code (QR Code) memudahkan pengguna melayari portal dan membuat pembelian melalui imbasan telefon pintar
- Lokaliti yang memaparkan imej peta kedai penjual atau lokasi ambilan
- Ulasan pekedai oleh pembeli
- Pembayaran melalui gerbang pembayaran atas talian
- Maklumat pemasaran terkini seperti bekalan, permintaan, peluang pasaran, harga, terma-terma perniagaan dan persijilan
- Latihan dan bimbingan usahawan mengenai kaedah perniagaan atas talian
Rakan Kolaborasi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Jabatan dan agensi |
Rakan E-dagang, Maklumat dan Pembangunan Usahawan |
MIMOS Berhad |
Penyedia Platform |
MAMPU |
Penyedia Perkakasan, Emel dan Gerbang Pembayaran |
Agrobank |
Penyedia Gerbang Pembayaran |
POS Laju |
Penyedia Logistik Penghantaran |
Webonline Sdn Bhd |
Penyedia Gerbang Pembayaran |