Agrobazaar Online Challenge



AGROBAZAAR ONLINE CHALLENGE (AOC)

AgroBazaar Online Challenge merupakan sebahagian daripada aktiviti New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu merupakan satu program baru dibawah MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian, lanya dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi bisnes online dan pemasaran online.
NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan portal Agrobazaar Online (agrobozaar.corm.my) sebagai platform jualan secara atas talian.
Para pelajar akan dipilih dan akan disuaipadankan dengan usahawan yang mendaftar di dalam portal Agrobazaar Online. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliput perkara sepert komisen, stok bekalan , penghantaran, latihan dan pembangunan usahawan .
Peserta seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan sama ada melalui pemasaran digital atau pemasaran konvensional.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan dan mempersiapkan jati diri usahawan generasi baru dari kalangan peserta My Agrosis menceburi bidang keusahawanan.
  2. Melahirkan usahawan baru di peringkat lepasan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan mengurangkan kebergantungan lepasan graduan terhadap kerjaya makan gaji.
  3. Mewujudkan fenomena JOB CREATOR kepada golongan lepasan graduan dengan memberi peluang dan ruang mendapatkan sumber pendapatan.
  4. Meningkatkan penglibatan usahawan / peserta dalam aplikasi online- Agrobazaar Online (ABO). Menggunakan teknologi dan aplikasi kemudahan terkini seperti internet dan media sosial.
  5. Menjana pendapatan tambahan kepada usahawan / peserta disamping berkongsi pengalaman bidang perniagaan.

Bila Agrobazaar Online Challenge bermula?

Agrobazaar Online Challenge diadakan sebanyak 2 kali (2 Semester) setahun. Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA mensasar jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan jangkaan penyertaan seramai 13,000 di 112 IPT di dalam negara. Setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangya sebanyak RM1000 bagi setiap satu semester.

Apa yang ditawarkan?

Agrobazaar Online Challenge tawarkan keseluruhan nilai hadiah sebanyak RM200,000.00.

Kelayakan dan Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua ahli kelab MyAgrosis IPT.
  2. Peserta perlu mendaftar sebagai ahli MyAgrosis IPT di SINI
  3. Peserta hendaklah berdaftar sebagai ahli NBME melalui Portal Agrobazaar Online SINI
  4. Penyertaan perlu melalui Kelab MyAgrosis IPT.
  5. Jualan dan semua transaksi jualan hendaklah melalui portal Agrobazaar Online sahaja.
  6. Peserta terbaik akan dipilih berdasarkan 3 kriteria iaitu:-
    • Nilai belian/jualan Tinggi
    • Bilangan Transaksi belian/jualan terbanyak
    • Penyediaan portfolio aktiviti pemasaran seperti jualan, kempen-kempen dan lain-lain yang berkaitan.
  7. Tempoh pertandingan bermula dari semester pertama dan semester kedua tahun 2019.
  8. Nilai jualan diambil kira setelah disahkan jualan atau close deal dilakukan didalam portal Agrobazaar Online.