Polisi Privasi

1. Pernyataan Umum

Agrobazaar.com.my dengan ini membuat Dasar Privasi ini sebagai komitmen kami kepada perlindungan privasi dan juga untuk menerangkan kaedah pengutipan, penggunaan dan pemeliharaan maklumat.

2. Pengumpulan maklumat

Untuk menggunakan perkhidmatan Agrobazaar.com.my's dan membeli produk-produk yang diiklankan di dalam laman sesawang ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Borang pendaftaran di dalam laman sesawang kani memerlukan anda memberikan maklumat untuk dihubungi seperti nama, koordinasi komunikasi termasuk alamat emel dan maklumat demografi seperti negara, negeri, umur atau maklumat lain yang diminta di dalam borang pendaftaran.

3. Penggunaan Maklumat Peribadi Anda

Agrobazaar.com.my mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk melaksanakan operasi portal dan memberikan perkhidmatan yang anda minta. Agrobazaar.com.my juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberitahu anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan lain yang boleh diperolehi darinya.

Agrobazaar.com.my juga boleh menghubungi anda melalui kajian soal selidik mengenai perkhidmatan atau produk kami, atau perkara-perkara lain.

Agrobazaar.com.my tidak menjual, menyewakan, atau memajak senarai pelanggan atau pembeli kepada pihak lain.

Agrobazaar.com.my boleh dari semasa ke semasa menghubungi anda bagi pihak agensi lain mengenai sesuatu tawaran yang mungkin menarik minat anda.

Agrobazaar.com.my menyimpan rekod lawatan ke laman sesawang dan muka laman yang dibuat oleh pengguna kami dengan tujuan untuk menentukan laman dan perkhidmatan yang paling popular. Data ini digunakan untuk menaiktaraf atau menambahbaik kandungan atau topik tertentu di dalamnya.

Agrobazaar.com.my boleh mendedahkan maklumat peribadi anda sekiranya diperlukan di bawah undang-undang atau ianya perlu bagi:

(1) memenuhi kehendak perundangan atau mematuhi proses perundangan;

(2) melindungi hak-hak atau hakmilik Agrobazaar.com.my;

(3) menguatkuasakan syarat penggunaan;

(4) tindakan melindungi kepentingan atau keselamatan peribadi pengguna-penggunanya atau pihak lain.

4. Semakan dan pengubahan Maklumat Peribadi

Anda boleh menukar dan mengubah apa-apa maklumat yang telah anda berikan terdahulu dengan memasuki portal kami.

5. Kuki

Kuki adalah teks yang dihantar oleh laman kami kepada pelayar anda lalu disimpan oleh cakera keras anda. Setiap kali anda log masuk ke laman sesawang kami, kami akan mengumpul maklumat bersangkutan dengan laman sesawang yang anda lawati ketika memasuki laman sesawang kami, alamat IP, data dan masa anda log masuk ke laman sesawang kami, muka laman kami yang anda layari, dan jumlah masa yang anda gunakan untuk melayari setiap halaman kami. Kebanyakan pelayar laman sesawang menerima kuki secara automatik tetapi anda boleh mengubahsuai pelayar anda untuk menghalangnya.

6. Laman Sesawang Pihak Ketiga

Laman sesawang kami boleh menawarkan pautan kepada laman sesawang lain yang polisinya mengenai pengawalan maklumat mungkin berlainan daripada Agrobazaar.com.my. Agrobazaar.com.my tidak mengawal atau bertanggungjawab atas polisi mengenai privasi atau amalan laman sesawang tersebut.

7. Persetujuan

Dengan menggunakan laman sesawang ini dan sebarang produk atau perkhidmatan Agrobazaar.com.my, pemberian maklumat yang dikenalpasti oleh kami secara terperinci adalah dengan anggapan bahawa anda telah bersetuju dengan Dasar Privasi ini. Agrobazaar.com.my berhak untuk mengubahsuai atau mengemaskini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang pengubahsuaian atau pengemaskinian Dasar Privasi ini adalah berkuatkuasa apabila dimasukkan ke dalam laman sesawang. Penggunaan laman sesawang ini, produk atau perkhidmatan kami secara berterusan oleh anda adalah dianggap sebagai persetujuan anda terhadap apa-apa Dasar Privasi yang terpinda.

8. Hubungi Agrobazaar.com.my

Bagi sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, sila hubungi pentadbir melalui emel admin@agrobazaar.com.my