Maklumat Agrobazaar


Pendaftaran

Pendaftaran Agrobazaar Online

  • Pendaftaran adalah terbuka kepada semua orang awam, pendaftaran dibuka sebagai pembeli, penjual malah terbuka menjadi ahli (New Breed Marketer Enterpreneur (NBME) untuk membuka peluang perniagaan

Pembeli

  • Sesiapa sahaja boleh menjadi pembeli di Agrobazaar. Pembeli adalah individu yang berminat untuk meneruskan pembelian di portal ini.
  • Sila mendaftar email dan kata kunci untuk memudahkan anda melihat transaksi dan rekod anda di portal ini.
  • Maklumat anda akan tertakluk kepada akta privasi.
  • Pendaftaran pembeli adalah percuma.

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Pembeli

Langkah-langkah:

  1. Layari www.agrobazaar.com.my
  2. Klik pada Pendaftaran
  3. Masukkan alamat emel dan kata laluan anda.
  4. Tandakan lihat jika ingin membaca kata laluan anda.
  5. Klik pada Daftar untuk meneruskan pendaftaran.
  6. Satu emel pengaktifan akan dihantar.
  7. Klik pautan yang dihantar di emel anda untuk mengaktifkan akaun anda.

Periksa Status Pendaftaran

  • Kesemua pelanggan berdaftar dengan Agrobazaar akan mendapat notifikasi melalui email yang didaftarkan di portal agrobazaar. Pengguna yang tidak memperolehi email notifikasi pada inbox perlu semak folder "SPAM atau Junk Mail". Jika masih tidak memperolehi nofikasi, bolehlah email kepada admin@agrobazaar.com.my atau menggunakan sistem helpdesk http://support.agrobazaar.com.my/helpdesk/

Lupa Kata Laluan

Langkah-langkah:

  1. Klik"Lupa Kata Laluan?"
  2. Masukkan alamat emel yang didaftar.
  3. Klik Hantar

Pembatalan Pendaftaran

  • Pengurusan Agrobazaar Online boleh membatalkan pendaftaran mana-mana pembeli yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan. Pembeli yang ingin membatalkan pendaftarannya boleh berbuat demikian dengan menghubungi pengurusan Agrobazaar Online melalui emel : admin@agrobazaar.com.my atau helpdesk@agrobazaar.com.my

Penjual

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Penjual

Langkah-langkah:

  1. Pastikan anda telahpun berdaftar sebagai Pembeli.
  2. Log Masuk sebagai pembeli.
  3. Klik Jom Berniaga/Start Selling kemudian klik Daftar Sekarang
  4. Lengkapkan semua maklumat mandatori di Langkah 1 dan klik Seterusnya
  5. Ulang cara yang sama untuk melengkapkan maklumat di Langkah 2 hingga Langkah 5 dan klik Hantar
  6. Satu emel makluman kedai berjaya didaftarkan akan diterima.
  7. Satu emel makluman kedai telah diaktifkan akan diterima apabila sudah diluluskan oleh pentadbir sistem.

Maklumat Penjual

  • Penjual mestilah memasukkan alamat perniagaan sama ada beroperasi di rumah ataupun pejabat.
  • Sebaiknya penjual perlu memasukkan maklumat yang dikehendaki oleh portal agrobazaar seperti SSM, GMP, MOF, halal dan sebagainya untuk memastikan anda mendapat ranking utama di kalangan pekedai berdaftar.

Maklumat Produk

  • Setiap produk yang hendak dipasarkan mestilah disertakan maklumat deskripsi, gambar yang bersesuaian dengan imej guideline yang telah ditetapkan.
  • Bagi mendapat guideline produk sila download PDF berkenaan di http://agrobazaar.com.my/img/AgroBazaar%20Seller%20Image%20Production%20Guide%20V1.pdf

Lupa Kata Laluan

Langkah-langkah:

  1. Klik"Lupa Kata Laluan?"
  2. Masukkan alamat emel yang didaftar.
  3. Klik Hantar

Pembatalan Pendaftaran Pekedai

  • Pengurusan Agrobazaar Online boleh membatalkan pendaftaran mana-mana penjual yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan. Penjual yang ingin membatalkan pendaftarannya boleh berbuat demikian dengan menghubungi pengurusan Agrobazaar Online melalui emel : admin@agrobazaar.com.my atau helpdesk@agrobazaar.com.my

Ahli NBME

  • New Breed Marketer Enterpreneur (NBME) adalah program pembangunan usahawan kepada semua komuniti portal Agrobazaar Online dan individu yang berminat untuk menyertai komuniti agrobazaar.
  • Sebarang program NBME akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui email dan portal Agrobazaar Online.

Kelebihan NBME

  • Ahli NBME akan mendapat latihan dalam bidang e-commerce daripada pengajar bertauliah, mendapat rangkaian dan juga ruang untuk kolaborasi di kalangan peniaga.

Dashboard Pembeli & Penjual

  • Pembeli & Penjual akan dibawa ke halaman Dashboard setelah log masuk ke dalam portal Agrobazaar.
  • Pada halaman Dashboard, Pembeli dan Penjual akan melihat senarai panel yang berbeza bergantung kepada peranan mereka. Mereka dapat melakukan pengemaskinian di halaman ini.
  • Pembeli dapat melihat panel: Bisnes, Tetapan, Inkuiri Produk dan Status Keahlian VIP.
  • Penjual dapat melihat panel: Bisnes, Kedai, Produk, VIP, Acara, Baucar, Tetapan dan Laporan.