Maklumat Agrobazaar


Menjual di Agrobazaar Online

Menjual di Agrobazaar Online

Dengan menjadi penjual di Agrobazaar Online, anda akan mendapat akses kepada pelanggan yang sememangnya mencari barang-barang berasaskan pertanian.Anda akan dibantu oleh pakar pemasaran untuk memasarkan barangan anda dengan lebih efektif. Sebagai inisiatif kerajaaan, Agrobazaar Online akan memastikan segala transaksi pembayaran adalah selamat.

Barang Yang Boleh Dijual

Produk-produk yang termasuk di dalam kluster komoditi berikut boleh dijual di dalam Agrobazaar Online:

  1. Produk Tanaman.
  2. Produk Ternakan.
  3. Produk Perikanan.
  4. Produk Industri Asas Tani.
  5. Produk Agro Pelancongan.
  6. Produk Agro Perkhidmatan.

Daftar Kedai

Langkah-langkah

  • Klik Jom Berniaga/Start Selling kemudian klik Daftar Sekarang.
  • Lengkapkan semua maklumat mandatori di langkah 1 dan klik Seterusnya
  • Ulang cara yang sama untuk melengkapkan maklumat di langkah 2 hingga langkah 5 dan klik Hantar.
  • Satu emel makluman kedai berjaya didaftarkan akan diterima.
  • Satu emel makluman kedai telah diaktifkan akan diterima apabila sudah diluluskan oleh pentadbir sistem.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Bank Transfer
  • Web Cash
  • Cash On Delivery (COD)

Tambah Produk Biasa, Ebook atau Homestay

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Klik Tambah untuk menambah produk baru.
  4. Pilih kategori produk yang ingin ditambah samada Produk biasa, Homestay atau E-Book dan klik Teruskan.
  5. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik Simpan.

Nota: Setiap produk yang ditambah perlu diaktifkan oleh Pentadbir AgroBazaar Online. Produk yang telah diaktifkan sahaja akan dipapar dan dapat dilihat oleh pengguna portal. Tambah produk perlu merujuk kepada guideline image yang disediakan di portal Agrobazaar Online

Tambah Harga Pukal

Penjual boleh menawarkan produk untuk dijual pada harga pukal.

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Di kolum harga, klik Edit > Tambah Harga Pukal bagi produk yang hendak dijual dengan harga pukal.
  4. Klik Tambah Harga Pukal.
  5. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik Simpan.

Tambah Produk Tempahan

Penjual boleh menawarkan tempahan untuk produk yang dijual.

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Di kolum harga, klik Edit > Tambah Tempahan bagi produk yang boleh menerima tempahan.
  4. Klik Tambah Produk Tempahan.
  5. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan klik Simpan.

Penyediaan Gambar

Pihak Agrobazaar Online amat menggalakkan penjual untuk mematuhi standard yang ditetapkan. Ianya mengandungi maklumat saiz, cara pengambilan gambar, latar belakang gambar dan sebagainya. Sila rujuk dokumen ini untuk pemahaman lebih lanjut di Agrobazaar Product Image Guideline

Pesanan Minima

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Di kolum maklumat produk, klik Edit > Edit Maklumat untuk kemaskini pesanan minima.
  4. Masukkan maklumat pesanan minima dan klik Kemaskini.

Maklumat Produk

Setiap produk yang telah di muat naik, haruslah mematuhi kategori yang ditetapkan oleh pihak Agrobazaar. Ianya terbahagi kepada 6 kategori utama: tanaman, ternakan, perikanan, asas tani, pelancongan dan perkhidmatan. Ianya haruslah mematuhi varieti dan sub kategori yang ditetapkan.

Batal Produk

Sekiranya anda tidak lagi ingin meneruskan penjualan sesuatu produk, sebagai penjual anda boleh membatalkan produk daripada senarai produk anda dengan menyahaktifkan produk tersebut di dashboard penjual anda.

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Di kolum Status Produk, klik butang Tidak Aktif.

Pekedai yang ingin membatalkan produk yang ditambah boleh nyahaktif.

Buang Produk

Sekiranya anda tidak lagi ingin meneruskan penjualan sesuatu produk, sebagai penjual anda boleh membuang produk daripada senarai produk anda dengan menyahaktifkan produk tersebut di dashboard penjual anda.

Edit Produk

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Klik Edit di setiap kolum produk untuk kemaskini maklumat yang berkaitan (contoh: gambar produk, lokasi ambilan, penghantaran, stok, edit harga dan sebagainya.

Edit Kedai

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Kedai > Pengurusan Kedai.
  3. Selepas selesai kemaskini maklumat kedai, klik Kemaskini & Simpan.

Bagaimana Pemilik Kedai Boleh Memberi Diskaun Kepada Produk?

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard.
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk.
  3. Di kolum harga, klik Edit > Diskaun Kedai.
  4. Klik Tambah Diskaun dan lengkapkan maklumat tambah diskaun.
  5. Klik Simpan.