Maklumat Agrobazaar


Caj Penghantaran

Caj Penghantaran

Caj penghantaran bagi Pusat Operasi FAMA akan mengunakan caj penghantaran seperti berikut:

  1. Pembelian < RM30 - ambil sendiri,
  2. Pembelian >RM30 dan jarak <15Km - caj percuma,
  3. Pembelian >RM30, jarak 15 - 25Km caj RM3.00,
  4. Pembelian >RM100 dan jarak 25 - 50 Km caj RM10.00 dan
  5. Jarak >50KM ambil sendiri.

Caj Penghantaran oleh pekedai-pekedai lain adalah bergantung kepada caj penghantaran oleh pekedai berkenaan sama ada menggunakan penghantaran POS LAJU, GDEX, FDEX dan lain-lain yang berkaitan.

Caj Penghantaran tidak termasuk kos asal produk yang dibeli oleh pembeli.

Caj penghantaran akan dikira secara berasing di dalam ringkasan pembelian.

Notifikasi caj pembelian yang akan tertera di dalam notifikasi pembelian yang diterima melalui email pembeli.

Caj Pukal

Sebarang caj pukal pembeli boleh menghubungi terus kepada penjual seperi mana tertera di dalam info pekedai. Caj Pukal adalah tertakluk kepada rundingan di antara pembeli dan pekedai.

Kaedah Penghantaran

Kaedah penghantaran yang terdapat di dalam Agrobazaar Online tertakluk kepada penghantaran yang ditentukan oleh pekedai. Penghantaran oleh Pusat Operasi FAMA akan menggunakan logistik Fresh Delivery sendiri. Maklumat penghantaran akan tertera semasa proses pembelian produk berkenaan.

Bagaimana untuk Memasukkan Caj Penghantaran Bagi Produk Kedai Anda.

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard
  2. Di menu kiri, klik Kedai > Penghantaran
  3. Klik Tambah untuk menambah maklumat penghantaran.
  4. Lengkapkan semua maklumat dan klik Simpan.

Track (Jejak) Pesanan Anda

Track (Jejak) pesanan adalah tertakluk kepada pekedai yang menyediakan penghantaran. Anda boleh jejak pesanan anda dengan menelefon terus kepada pekedai berkenaan seperti mana tertera pada notifikasi pembelian pada email anda. Bagi yang menggunakan sistem pos laju atau penghantaran lain boleh merujuk tracking no pada halaman web syarikat penghantaran berkenaan.

Bagaimana Pemilik Kedai Boleh Menambah Lokasi Ambilan Untuk Kedai?

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard
  2. Di menu kiri, klik Kedai > Lokasi Ambilan
  3. Klik Tambah untuk menambah maklumat lokasi ambilan.
  4. Lengkapkan semua maklumat dan klik Simpan.

Bagaimana Pemilik Kedai Boleh Menambah Lokasi Ambilan Untuk Produk?

Langkah-langkah:

  1. Klik pada Dashboard
  2. Di menu kiri, klik Produk > Pengurusan Produk
  3. Klik Edit > Lokasi Ambilan pada produk yang anda ingin tetapkan lokasi ambilan.
  4. Tandakan lokasi ambilan untuk produk ini.